Followers

Friday, August 26, 2011

OHH TIDAK GASTRIK & DEMAM




hurmm.kenapa lah bulan pausa je kena DEMAM lah. GASTRIK lah. humm.time demam semua datang,BATOK,SELSEMA :(. rasa nak tercabot hidung nie asyik bersin je. gatal pon ada jugak rasa hidung nie.dah demam tambah gastrik pulak. YA ALLAH cuma TUHAN je tahu mcm mana sakitnya sekarang nie.. dah lah nak raya,mcm mcm penyakit datang. DUGAAN dugaan. HUMM.. 10.9 dah nak kena masok PLKN. ishh. macam macam nak kena buat. hope demam cepat baikkkkk :) DOAKN SAYA YEE cepat baik :)

Tuesday, August 23, 2011

BERSAMA BABY KU SAYANG

BABY KAIKAI
BABY ASFAR
BABY ASFAR MINUM SUSU
KAIKAI SMILE :)
BABY ASFAR COMEL :)

i love my baby boy. hehe :) adik ayu semua dah besar besar. so selalu lah pinjam anak jiran nak buat main. comelkan BABY ASFAR & BABY KAIKAI. :)

CUP CAKE & KRUSHERS

COMELKAN :)
KRUSHERS YANG SEDAP :)
:)

KHASIAT MINUM SUSU DENGAN KURMA


Dua gelas susu daripada rumusan susu yang disyorkan sudah memadai dalam memenuhi keperluan minimum kalsium tubuh anda.

Ini sudah pasti perlu untuk mengelakkan kemerosotan jirim tulang, satu proses yang tidak boleh diterbalikkan.
Dan melalui pengambilan kalsium yang perlu setiap hari mengikut sukatan yang disyorkan, kekuatan tulang dapat dikekalkan sepenuhnya.

Tetapi bagaimana untuk memastikan pengambilan kalsium daripada susu yang anda minum adalah memadai?
Golongan dewasa semuda 19 tahun disyorkan mengambil antara 1000 dan 1200 milligram kalsium setiap hari.
Beberapa jenama susu boleh membekalkan keperluan kalsium yang secukupnya dengan meminum dua gelas susu itu setiap hari.



SUSU KALSIUM TINGGI

Produk susu Anlene baru-baru ini mengumumkan penemuan klinikal yang penting iaitu susu ini dapat memulihkan kekuatan tulang dalam tempoh empat minggu sahaja.

Penemuan terbaharu ini adalah hasil ujian klinikal yang pertama seumpamanya dikendalikan oleh pakar-pakar tulang di rantau.

Pada hakikatnya, tulang manusia mula merosot seawal usia 30 tahun. Kadar kemerosotan mula melampaui kadar penjanaan semula di peringkat ini.

Yang paling penting, untuk memastikan tulang yang lebih kuat, setiap orang perlu mempunyai kombinasi tepat zat yang diperlukan tulang pada tahap yang disyorkan.

Pengurus besar bagi Fonterra Brands (M) Sdn Bhd, John McKay, juga berkongsi pandangan akan program seluruh negara Fonterra bagi warga Malaysia; Pemeriksaan Kesihatan Tulang yang dijalankan di kawasan bandar dan luar bandar. Fontera merupakan pengedar susu Anlene.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengapa penting untuk mengekalkan kekuatan tulang.

"Kami telah memeriksa lebih 150,000 orang. Selepas memeriksa mereka menerusi program pemeriksan ini di tempat-tempat awam, majoriti responden didapati berada dalam zon oren, iaitu bacaan antara (-ve)-1 dan (-ve)-2, yang menunjukkan risiko sederhana bagi tulang rapuh dan bahaya menghidap Osteoporosis," kata McKay lagi.

Zon hijau iaitu bacaan antara 2.00 dan -0.99 menunjukkan risiko yang rendah, (-ve) -2.49 hingga (-ve) -1.0 menunjukkan risiko sederhana, sementara kumpulan berisiko tinggi akan menyaksikan bacaan antara (+ve) +2.5 dan (+ve) +4.0.

Program pemeriksaan ini menggunakan mesin ultrasound.

Penulis ini juga mengambil peluang untuk menguji kekuatan tulangnya dan mendapati keadaan tulangnya adalah memuaskan dengan beliau berada dalam kategori risiko rendah..

SUSU JUGA TIDAK MENGEMOKKAN BADAN ANDA.

mungkin ada juga yang tak tahu. susu tidak mengemokkan badan anda. pada siapa yang risau bila minum susu waktu malam anda tidak perlu fikir badan anda akan gemok. malah badan ada akan sihat sentiasa..


susu HL DAN KURMA


SUSU KEGEMARAN SAYA:
ialah susu HL. memang dari dulu ayu minum susu HL.sebab susu HL rasa lain daripada susu yang lain.pada siapa yang nk cuba susu HL boleh lah cuba..tapi ayu selalu minum susu dengan kurma sekali..kurma juga bagus untuk otak kita.so pada siapa yang nak cuba cara ayu. U ALL boleh ikut. terpulang pada citarasa masing masing okay. selamat mencuba :)

TERIMA KASIH SEBAB SUDI BACA,SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TANYA :)

Monday, August 22, 2011

MUSUH JANGAN DI CARI




now topic MUSUH JANGAN DI CARi. tapi tapi kalau tak cari musuh pon,tetap ada kan? KIRI,KANAN,DEPAN,BELAKANG mana mana pon ada. so macam mana tu! susah kan nak kata.. ayu nak tanya U ALL ada MUSUH TAK? ermmm. rasanya ada or rasanya tak? kankan..kalau kita diam pon orang akan kacau juga kan? so susah nak gambarkan macam mana..Orang BUAT BAIK PON SALAH, ORANG BUAT JAHAT lagilah kan.. so setiap apa yang kita lakukan kenalah berhati hati. tapi tapi kalau berhati hati pon tetap ada jugakan. so U ALL fikirlah sendiri yee.ayu tak larat nak fikirkan. :)

okay,ini kisah dari pengalaman ayu sendiri..ayu memang ada banyak musuh. masa ayu dekat
school macam macam orang ayu jumpa. ada je benda yang tak puas hati dengan ayu.ada katanya ayu nie
PERAMPAS HAK ORANG lah. ishh! itu bukan cara ayu okay nak rampas rampas hak orang niee.kalau ayu nak petik jari 50 DATANG TAU. :) tapi tu semua kisah ZAMAN SEKOLAH. now dah habis school rasa macam lawak je gaduh gaduh nie..KAN KAN :)
Ayu ingat dah habis school dah tak ada gaduh gaduh lagi. tapi ada lagi. ishh! kenapa lah
orang suka sangat ambil kesempatan bila kita buat baik pada dia.. kisah ayu memang sangat
rumit.macam macam berlaku pada diri ayu.kena MAKI HAMUN macam macam. sumpah waktu tu rasa nak MATI PON
ada..so ayu nak ingatkan pada U ALL. kalau U ALL ada best friend forever tu so hati hati lah setiap apa yang dia lakukan.TAK semestinya dia baik depan kita.tapi BELAKANG kita dia say macam macam. SEJUJURNYA ayu pon pernah buat silap.tapi ayu belajar dari KESILAPAN ayu. SETIAP orang akan melakukan kesilapan.tapi jangan dia dah minta maaf tapi dia buat lagi. itu memang tak makan saman. orang macam tu tak patut buat kawan...itulah serba sedikit yang ayu kongsikan pada U ALL. TERIMA KASIH :)

TENTANG: INI BLOG CERITA SAYA


okay,pertama sekali ayu nak story pasal INI BLOG CERITA SAYA. ayu nie tak lah pandai sangat pasal BLOG BLOG nie. ayu buat blog nie pon cuma nak hilangkan bosan. ada masa ayu UPDATE lah blog. ayu akan kongsikan serba sedikit pasal DIRI AYU,PETUA PETUA KECANTIKKAN,MACAM macam lah. So hope U ALL sudilah BACA BLOG ayu nie.kalau ada benda yang menyakitkan hati atau terlepas kata ke. ayu minta maaf yee. apa sahaja yang ayu tahu ayu akan kongsikan dekat U ALL okay and ayu hope U ALL dapat berikan comment ye lepas baca BLOG ayu. U ALL boleh berikan comment dekat FB sahaja okay. INSYAALAH ayu akan balas. atau sebarang pertanyaan pon boleh. ayu sedia untuk balas :) TERIMA KASIH ! :)

PETUA LICINKAN KULIT MUKA DAN MEMUTIHKAN MUKA


Okay,now ayu nak kongsikan pada U ALL apa yang ayu pakai dekat muka ayu.ramai yang tanya ayu macam mana nak LICINKAN KULIT MUKA. now ayu bagi tahu apa yang ayu pakai selama nie.. :) benda nie senang sangat sangat. cuma rajin dengan tak rajin jee.kalau U ALL amalkan 1minggu dua kali pon dah kira bagus dah..soryy terlebih menbebel pulak :)

BAHAN-bahan dia ialah TELUR SAHAJA. ayu selalunya gunakan telur organik. terpulang pada anda anda semua nak guna telur organik atau tak.yang penting telur. :)

PETUA 1: ambil putih telur sahaja..tapi KUNING dia jangan buang tau,sebab kuning dia pon nk gunakan juga.kemudian LETAK dekat MUKA sampai KERING tauu..okay,lepas putih telur tu dah kering dekat muka U ALL basuh sampai bersih. LAP muka dengan kain lembut OKAY! lembut lembut je lap.then U ALL rasa kulit muka anda rasa licin jee..

PETUA 2:okay yang kedua pulak,guna kuning telur tauu..benda sama je.letakkan dekat muka.sampai lah kuning telur tu kering dekat muka U ALL tauu.bila dah kering tuu.basuh lah macam biasa lah. lepas dah lap muka guna kain lembut. INSYAALLAH muka U ALL rasa licin sangat sangat and putih. U ALL akan rasa perbezaannya . SELAMAT MENCUBA :)

TAK ADA KERJA

nie gambar baby girl kita,cantik kan :)

nie lah GAMBAR BABY BOY kita comel kan :)


Bila tak boleh tidur nie lah kerjanya. sebok buat benda yang bukan bukan.hehe :) ayu nak tunjukkan gambar baby boy and baby girl kita tauu. comel sangat sangat. tapi benda nie cuma main main je. sekadar hilangkan bosan. :)

TIPS BIBIR MENAWAN



Okay,ayu tahu U ALL mesti nak kan BIBIR yang MENAWAN and CANTIKKAN? now ayu nak kongsi sikit apa yang ayu buat untuk BIBIR ayu..

PERTAMA sekali U ALL sebelum tidur amik MADU AND LIMAU KASTURI.
cara dia senang je nak buat. okay mula mula U ALL amik MADU,MADU apa apa pon boleh JANJI MADU.MADU tuangkan sikit je tak payah banyak banyak,dalam 1 sudu kecil pon dah okay.then U ALL amik LIMAU KASTURI potong dua. letak sikit je perahan LIMAU KASTURI..dah siap semuanya baru lah letak dekat BIBIR sampai esok pagi.INSYAALLAH hasil dia akan nampak. AMALKAN TIAP TIAP MALAM :)

KEDUA kalau U ALL tak nak letak LIMAU KASTURI pon takpe. terpulang pada diri sendiri nak macam mana. OKAY :) terima kasih :)

TIPS KECANTIKKAN CREAM MALAM




pertama guna TONER SAFI BALQIS

kedua guna ESSENSE SKII

ketiga guna cream MALAM SAFI RANIA GOLD


nie lah HASIL DIA
:)

Okay, now ayu nak bagi tips pakai cream malam..pada siapa yang nak ikot jelah OKAY? cream muka ayu guna SAFI RANIA GOLD,SAFI BALQIS and ESSENSE SKII.. tak kiralah,korang pakai cream malam apa apa pon okay! :)

Pertama sekali ayu gunakan TONER SAFI BALQIS, kedua ayu guna ESSENSE SKII, and last ayu guna CREAM MALAM SAFI RANIA GOLD..
Ayu gunakan SAFI RANIA GOLD NIE dah lama.so memang nampak lah perbezaan dia..terpulang pada korang,guna cream apa,yang penting bersesuaian dengan muka U ALL. :) terima kasih!

2PM ILOVEYOU






2pm iloveyou! bestnya kalau dapat jumpa diorangkan! alangkah bahagianya..
diorang semua hensem hensem okay..bestnya kalau dapat BF mcm nie kan. wahh! :) lagu lagu diorang semuanya best best. rancak rancak! HANDS UP,I'CANT,AGAIN AGAIN,I'II BE BACK,HEARTBEAT,10 OUT OF 10,I HATE U dan BANYAK lagi.tak larat nak cari.hehe :)

Sunday, August 21, 2011

SAY NO TO PLKN OKAY!!



kenapa lah kena PLKN nie.dah lah PLKN ke3 pulak tuu.SUMPAH tak best! dengar mcm mcm cerita PLKN3 nie.terok terok lah.apalah! isshh. menakotkan betol.hope semuanya okay okay je and dapat fren yang baik.tak nak yang sosial niee.TAK SUKA OKAY! dah lah lama pulak tu.3bulan,bukan 3hari..confirm muka bebelang and gelap gilaa.OH TDAKK.tak suka muka gelap..sedih jeee! ikutkan hati memang tak nak pergi.tapi nak tak nak kena jugak. BAK KATA AYAH PELUANG CUMA SEKALI. arghhhh. sedih je dengar..uwaa :( semestinya rindu dekat family and my rabbit kriencie..TIDAK! :(

GASTRIK MAKIN TEROK

Ya Allah,cuma tuhan je tahu betapa SAKITNYA GASTRIK nie. rasa separoh nyawa. 1hari 3kali kena makan ubat..dah tak larat nak makan ubat jee.tapi tak baik baik lagi. pergi klinik dah banyak kali ubat masih tak habis habis lagi. makin bertambah ubat gastrik..nak tak nak kena lah makan sebab nak tahan sakit. kalau tak makan ubat YA ALLAH sumpah sakit gila. terguling guling menahan kesakitan sampai menages menahan sakit..lagi lagi bulan puasa nie,setiap kali nak puasa je. mulalah gastrik datang...semuanya bergantong pada ubat....sampaikan berat badan turun mendadak..terkejut sangat sangat berat badan turun mendadak..gastrik oh gastrik!!

GASTRIK

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Penyebab Gastrik

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Punca-punca lain Gastrik:

  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.

Gastritis Terbahagi Kepada Dua:

  • Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
  • Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.

gastritis

Tip Sepanjang Bulan Puasa

  • Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
  • Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
  • Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
  • Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
  • Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  • Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
  • Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
  • Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
  • Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
  • Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.

BIODATA SAYA

Nama:Syer Ayu Azrina Bte Mohd Nasir
Umur:!8Tahun
Tarikh Lahir:10.11.1993
Tempat Lahir :Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
Tempat Tinggal:Johor Bahru Skudai
Adik Beradik:4orang, 2boy 2 girl
Anak Ke:Dua
Cita-cita:Guru dan Ada bisnes sendiri
Hobi:Badminton
Makanan Kegemaran:Yang halal
Minuman Kegemaran:Yang halal
Email Facebook:syerayuazrina@yahoo.com
Email Ym:syerayuazrinanasir@yahoo.com